About Me

PRESTASI PERKHIDMATAN


Tentang Kami

Proton FL selepas hasil treatment
Proton FL selepas hasil treatment
Perkhidmatan WandiDetailing ditubuhkan pada 5 Jun 2014. Kepakaran WandiDetailing adalah perkhidmatan bergerak atau Mobile Detailing dengan bergerak ke rumah atau pejabat. Kami menawarkan banyak perkhidmatan seperti
  1. Clay,
  2. Polish Wax
  3. Sealant
  4. menghapuskan kesan air yang degil pada cermin dan body
  5. mengilatkan lampu
  6. Nano mist
  7.  cuci karpet
  8. membersihkan kusyen leather dan fabric
Saya banyak belajar mengenai perincian kereta, penggunaan produk dan cara menggunakannya. Penglibatan saya dalam perniagaan ini adalah digalakkan oleh Cikgu saya ialah seorang Engineer Mas iaitu Encik Zamri yang banyak membantu dan mengajar mengenai perincian kereta. Saya masih ingat lagi pesanan beliau iaitu:
"Always reading and Never Stop learning"
Saya juga mempunyai pengalaman dalam bidang Aviation Helicopter SuperLynx selama 2 tahun. Pada masa yang sama , saya menyerapkan ilmu-ilmu di dalam bidang aviation ke dalam perniagaan saya. Dari situlah terdetik minat mahu  mewujudkan perniagaan perincian kereta untuk membantu pemilik kereta menjaga kereta. Saya juga belajar dengan Sifu-sifu detailing mengenai teknik dan skill iaitu Abg wan yang berada di Muz Garage Puchong Gateway.Tidak lupa kepada Charmaine Chee yang banyak mengajar mengenai produk dan cara penggunaannya .Terima kasih kepada mereka kerana memberi galakan dan sokongan kepada saya.Yang paling penting terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan penuh dan selalu memberikan semangat menceburi dalam bidang ini. Partner saya Wan Nachat, Soff Faizal dan Mahadtir yang selalu berada di sisi saya untuk menjalankan perniagaan ini dan banyak memberikan nasihat dan memperbetulkan kesilapan terima kasih yang teramat.
Kepada SIfu di dalam bidang keusahawan iaitu Dr Azizan osman terima kasih kerana banyak membantu mengembangkan perniagaan saya. Saya telah mengikuti seminar beliau iaitu IMKK Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan dan juga MMM Milionaire Marketing Mastery. Banyak ilmu-ilmu tentang keusahawan yang saya peroleh dari:
 "Saya switch selalu"
Perniagaan yang saya lakukan ini atas dasar minat.Saya hanya mahu pelanggan saya tersenyum hasil daripada perkhidmatan yang ikhlas dan mesra disamping niat ingin membantu pemilik kenderaan melayu menjaga dan memberi nasihat tentang penjagaan kereta
Perniagaan saya secara bergerak ke rumah dan pejabat sekarang ini hanya di sekitar Lumut, Manjung dan Sitiawan.




:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuci seat dan full interior Honda city

 cuci kusyen kereta kotor kami boleh buka seat dan carpet bawah jika kekotoran luar biasa