FAQ

SOALAN LAZIM

Soalan lazim ini disediakan untuk kegunaan semua pelanggan dan pelawat. Sila gunakan soalan lazim ini untuk mendapatkan jawapan kepada pelbagai soalan yang berkaitan berkenaan dengan carwashpro.

Soalan: Apa itu Wax?

1. Bentuk cecair
2. Bentuk "paste" (bentuk tradisional)

WAX boleh dibuat daripada lilin asli, tetapi kebanyakannya adalah sintetik. Ia digunakan untuk menambah lapisan perlindungan ke atas cat sesebuah kereta. Lapisan WAX ini menambahkan sinar pada rupa kereta dan melindungi cat daripada calar, memudahkan aliran air.WAX juga menapis cahaya ultraungu dan menghalang warna kereta dari kepudaran dari masa ke masa. WAX juga membantu melambatkan serangan pengoksidaan dengan membentuk halangan fizikal antara logam kereta dan garam, minyak dan bahan pencemar lain kerana kereta terdedah semasa memandu dan penyimpanan.Fungsi WAX cair dengan cara yang sama untuk WAX "paste", tetapi dihasilkan dalam bentuk yang lebih nipis. Dengan kedua-dua jenis WAX, proses aplikasi melibatkan menggosok WAX ke atas permukaan kereta dan kemudian, mengeluarkan dengan menggosok dengan kain bersih. Bahagian yang telah WAX akan bersinar berkilat dan biasanya akan tahan untuk beberapa bulan bergantung kepada tahap penjagaan pemilik kenderaan.



Soalan: Apa itu Polish?

POLISH digunakan untuk permukaan cat bagi menghapuskan calar dan kotoran. POLISH mengandungi unsur menghakis yang digosok dipermukaan cat, sebenarnya menghakis lapisan nipis cat kereta. Tambahan komponen pepejal dalam POLISH meminimumkan kesan calar dengan memantulkan cahaya .POLISH boleh diaplikasinenggunakan tangan atau menggunakan mesin.

 KENAPA KENA POLISH KERETA ANDA

Ramai orang percaya kereta baru yang dikeluarkan dari kilang mempunyai cat yang baik. Kalau anda perasan sebelum kereta diagihkan kepada pengedar banyak kereta di parking di kawasan yang panas. Pengeluar juga menggunakan bahan-bahan kemasan yang kasar. Penjual kereta pun mengetahui akan hal ini.
Berikut peraturan umum untuk diikuti. Jika calar dapat dirasai oleh kuku. Ia adalah sukar untuk dihilangkan tetapi boleh dikurangkan.Sila lihat di bawah gambar permukaan cat dan kesan calar halus  di permukaan clear coat. Calar halus dapat dihilangkan sepenuhnya dengan polish kerana hampir 50% celar coat masih kekal.






Berikut adalah senarai  masalah yang boleh dibaiki dengan Polish

  •    CALAR/SCRATCH-  Calar yang hanya pada Clear coat iaitu calar yang tidak menembusi cat kereta  boleh dihilangkan dengan Polish.


  •  CALAR BERTANDA/SCUFFS AND RUB MARKS - seperti calar di pembuka pintu terkena kunci atau kuku, terkena kasut  apabila masuk dan keluar.Ia mudah dikeluarkan dengan menggunakan Polish atau Compounding


  •  CALAR PUSARAN/SWIRL  MARKS- Calar halus atau calar pusaran seperti labah-labah. Ia dapat       dihilangkan dengan Polish.Calar jenis disebabkan mengelap dengan menggunakan kain kotor, kain lampin, baju lama, towel kecik dan lain-lain. Pastikan lap menggunakan Microfiber Towel


  •    MERESAP/ETCHING- Masalah ini seperti air hujan mempunyai kandungan zat mineral, tahi burung  dan getah pokok yang mempunyai acid mudah meresap ke dalam cat. Ia boleh dihilangkan dengan menggunakan Compounding. Salah satu terjadi etching ini adalah apabila cuci anda tidak lap atau membiarkan kenderaan anda terdedah kepada hujan panas. Proses penyejatan ini lah akan meninggalkan zat mineral dan seterusnya etching berlaku


  •   ZARAH KECIL/DUST NIBS- Zarah kecil ini melekat pada cat semasa proses mengecat dilakukan. Ia dapat dihilangkan dengan cara sand paper, Compounding dan polish

Rounded Rectangle: Zarah kecil yang melekat

  •   KULIT OREN/ORANGE PEEL- .Berlaku semasa proses mengecat.Apabila cat berlebihan ia akan mengalir dan membentuk Orange Peel. Masalah ini sebenarnya berlaku di OEM lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuci seat dan full interior Honda city

 cuci kusyen kereta kotor kami boleh buka seat dan carpet bawah jika kekotoran luar biasa