Geli tengok lipas di dalam kereta?
Bermakna lipas sedang membuat serangan..
Bermakna lipas sedang membuat serangan..
Lipas sering berlari-lari di dashboard ketika memandu.Nak matikan tak sempat lipas dah masuk dalam saluran aircond.Lipas ni juga dianggap binatang pengotor dan ramai wanita memang alergik.Jika anda mengalami masalah ini pasti membuat tidak selesa ketika memandu.Disebabkan anak-anak kita makan Mcd dalam kereta,maka lipas ni pun turut rasa gembira rezeki yang hadir dan akan memulakan operasi apabila engine kereta dimatikan dan akan membuat operasi besar-besaran pada malam hari .haha.Memang susah nak keluarkan lipas sebenarnya..sebab apa?lipas suka berada bawah carpet kereta.Lipas ini suka makan sisa-sisa makanan seperti snek,keropok,merosakkan buku,merosakkan barang eletronik dan paling bahaya membawa penyakit dan bakteria.
Fakta mengenai lipas adalah, lipas boleh hidup sehingga sebulan tanpa makanan tetapi lipas juga boleh hidup tanpa air selama seminggu.Banyak tip memberitahu untuk menangkap lipas dengan mengumpan dengan minuman manis.
Selain itu lipas juga boleh menyebarkan bakteria seperti Salmonella dan Shigella.Lipas yang mengeluarkan air liur dan lipas yang mereput menjadi serbuk halus boleh mencetuskan alahan dan serangan asma apabila dihidu
Fakta mengenai lipas adalah, lipas boleh hidup sehingga sebulan tanpa makanan tetapi lipas juga boleh hidup tanpa air selama seminggu.Banyak tip memberitahu untuk menangkap lipas dengan mengumpan dengan minuman manis.
Selain itu lipas juga boleh menyebarkan bakteria seperti Salmonella dan Shigella.Lipas yang mengeluarkan air liur dan lipas yang mereput menjadi serbuk halus boleh mencetuskan alahan dan serangan asma apabila dihidu
Petua Untuk Menghalau Semut atau Lipas dalam Kereta
1. Elakkan meletak kereta anda bawah pokok terutamanya pokok rambutan, pokok mangga, pokok manggis. Ataupun di tempat buang sampah,tepi longkang atau tempat yang lembab.Mesti tertanya macam mna lipas dan semut boleh ada dalam kereta?Lipas dan semut akan memanjat di bahagian tayar dan seterusnya akan bersembunyi di tempat gelap dan lembab. Tempat paling popular bagi semut hidup adalah di bawah carpet yang permanent di dalam kereta manakala bagi lipas di bawah carpet dan bawah seat belakang.Tempat pembiakan lipas yang paling banyak adalah di bahagian bonet belakang dan di spare tayar.
2. Bersihkan interior kereta anda selalu. Vakum bahagian dalam, bawah tempat duduk, bawah carpet dan servis corong aircond.
3.Fabric softener-Campurkan fabric softener dengan air panas dan masukkan ke dalam botol spray.Sembur fabric softener di tempat lipas dan telur berada setiap hari sehingga mendapat result.Kenapa Softener di gunakan kerana lipas tidak boleh bernafas dengan udara yang wangi.
3.Fabric softener-Campurkan fabric softener dengan air panas dan masukkan ke dalam botol spray.Sembur fabric softener di tempat lipas dan telur berada setiap hari sehingga mendapat result.Kenapa Softener di gunakan kerana lipas tidak boleh bernafas dengan udara yang wangi.
4.Buat service Nano mist tetapi ia mampu menghalau lipas sahaja.Nano mist ini hanya berkesan membunuh bakteria.Klik di sini untuk melihat video Nano Mist
5. Beli kapur halau semut dan lipas. Taburkan dalam kereta . Semut atau lipas yang menyentuh serbuk kapur akan kehilangan fungsi saraf dalam 4 jam, tubuh serangga tidak akan dapat digerakkan dan akan mati setelah 10 jam.
6. Letak daun pandan yang dicincang tak berapa halus atau daun pandan. Cara ini lipas tidak mati cuma lari keluar dari kereta. daun pandan juga boleh hilangkan bau durian, air ikan dari pasar atau bau pelik-pelik dalam kereta.
7. Kayu manis juga mampu menghalau semut dan lipas.
8.Cara yang paling mudah parking kereta anda di tengah panas dan tutup semua cermin dalam beberapa jam.Ini membuatkan lipas akan mati.
9.Guna Serai wangi juga mampu menghalau lipas dan serangga lain..
10.Jangan guna spray lipas yang dijual di Supermarket untuk membunuh lipas di dalam kereta.Gas yang digunakan boleh terperangkap di dalam aircond dan membahayakan kesihatan.
11. Jangan tinggalkan sisa makanan dan minuman dalam kereta. kita sebagai parents boleh, tapi bagi anak-anak kita terutama yang masih kecil inilah yang selalu makan dan minum dalam keta.Nak tegur tak boleh anak ayah.Keadaan inilah menyebabkan sisa makanan seperti biskut,keropok atau kek tertumpah di celah-celah kusyen kereta.Keadaan ini menyebabkan makhluk yang tidak diundang muncul. Paling penting ialah amalan menjaga kebersihan dalam kereta dan membuat rutin bulanan mencuci interior kereta. Lipas atau semut tidak akan ada kalau kereta anda sentiasa bersih.
Sebenarnya seperti yang dinyatakan di atas adalah langkah-langkah menghalau lipas tetapi yang paling penting adalah semua pemilik kereta mestilah mencuci bahagian interior termasuk bonet belakang.Cucian interior ini perlulah dilakukan secara detail terutamanya di bawah seat penumpang dan di bahagian bonet khususnya pada tayar spare.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan