Ahad, 16 April 2017

Jenis-jenis Pencemaran Pada Body Kereta

Jenis-jenis Pencemaran Pada Body Kereta


Setiap hari kita menggunakan kereta untuk pergi ke office,travel dan lain-lain..Semasa kenderaan bergerak di jalan raya..permukaan cat kereta terdedah kepada hujan panas,lumpur,tar,tahi burung,serpihan serangga dan pencemaran yang tidak kita nampak dengan mata kasar seperti habuk,asap dan partikel besi.Semua pencemaran dapat disingkirkan dengan berkesan menggunakan produk yang betul.Perhatian membersihkan pencemaran lebih mudah daripada menghantar kepada tukang cat untuk dicat semula. Jenis-jenis pencemaran dan kaedah yang betul untuk membuang pencemaran seperti berikut

1.Lumpur dan kotoran membuatkan kereta nampak buruk.Lumpur dan Kotoran ini mudah di cuci apabila ia masih dalam keadaan basah.Jika membiarkan lumpur dan kotoran ini terlalu lama sehingga menjadikan ia kering apabila terdedah kepada cahaya matahari, Ia menjadi sukar memerlukan sedikit masa untuk mencuci.Lumpur mempunyai pasit halus dan memerlukan air yang cukup untuk mencuci.

2.Tahi burung merupakan bahan cemar yang paling agresif dan berbahaya yang dihadapi oleh pemilik kereta.Ia boleh meresap dan menghakis ke dalam cat dalam beberapa minit atau jam bergantung pada tahap asid tahi burung itu. Kesan etching ini akan meninggalkan kesan dan mencacatkan permukaan cat.Tidak ada produk yang menawarkan perlindungan sepenuhnya terhadapa tahi burung yang agresif ini.Walaupun mempunyai coating nano-seramik ia tetap boleh menghakis/etching.

3.Kesan air ini terjadi disebabkan terdedah kepada hujan panas dan proses mencuci yang tidak proper iaitu semasa membilas dan mengeringkan.Sisa air yang berada di permukaan cat boleh menyebabkan kesan air pada cat.Sisa air yang kering ini meninggalkan deposit seperti kalsum,magnesium,sisa sabun,kekotoran dan membuatkan ia meresap ke dalam permukaan cat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuci seat dan full interior Honda city

 cuci kusyen kereta kotor kami boleh buka seat dan carpet bawah jika kekotoran luar biasa