Isnin, 31 Ogos 2015

3 Cara untuk mengatasi masalah lampu kekuningan, kabur atau pengoksidaan



www.carwashx.com

Masalah ini sering terjadi kepada ratusan ribuan pemilik kenderaan di Malaysia yang terdedah pada iklim cuaca panas iaitu sinaran UV.  Di sini saya akan kongsikan tip untuk memulihkan lampu kereta yang menjadi kuning dengan percuma dengan menggunakan barangan yang ada di rumah. Kesan terdedah kepada suhu persekitaran hujan dan panas atau anda tidak melindungi lampu daripada coating, wax atau sealant, proses pengoksidaan mudah terjadi di lampu anda dan ia membuatkan cahaya yang keluar ditapis oleh kekuningan itu. Ini meminimumkan pencahayaan dan ia menyukarkan pemanduan ketika waktu malam, tetapi yang lebih penting ia berbahaya kepada pemandu.

Lampu kereta mula pudar apabila tiada lapisan iaitu coating, wax atau sealant yang melindunginya. Kita boleh melihat kereta yang di jalan raya yang sudah melebihi 2 -3 tahun mudah menjadi kekuningan . Lampu yang tidak original juga sangat mudah menjadi kekuningan. Cara yang pertama adalah memastikan lampu anda itu lembap atau tidak. Mungkin ia dimasuki air hujan atau ketika anda mencuci kenderaan.Kalau ia lembab , ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Cara yang pertama ialah boleh menggunakan Glass Cleaner tetapi ia bergantung kepada tahap pengoksidaan yang berlaku.
www.carwashx.com

 Langkah kedua ia boleh diatasi dengan mudah dengan menggunakan ubat gigi dengan menggosok menggunakan Microfiber towel. Setelah menggosok, anda perlu membilas lampu. Kemudian anda perlu melindungi lampu itu dengan wax atau sealant.  Jika cara ini tidak mampu menanggalkan kekuningan , bermakna proses pengoksidaan yang serius telah berlaku pada lampu.dan dapat disingkirkan dengan menggunakan cara yang ketiga iaitu menggunakan kertas pasir gred 2000. Langkah ini memerlukan sedikit kemahiran dan langkah-langkah seperti d bawah:

Barang yang perlu anda sediakan ialah:

1.Kertas Pasir gred 2000-Dijual d Hardware tetapi bukan brand 3M
www.carwashx.com
2.Microfiber towel
3.Compund(cadangan membeli compund Meguiar's) atau Meguiars Heavy Duty Two Step Headlight Restoration Kit - G3000
www.carwashx.com


4. Mesin Polish atau mesin Drill
www.carwashx.com

Proses:
1. Cuci lampu kereta anda dari sebarang kotoran atau anda boleh menggunakan Claybar untuk menyingkirkan pencemaran degil.
2. Setelah anda cuci, gosok dengan kertas pasir gred 2000 sehingga kekuningan hilang. Apabila selesai anda perlu melakukan proses menampal masking tape di sekeliling lampu untuk melindungi cat apabila sedang polish.
3.Selepas digosok, lampu anda akan kelihatan seperti kabur..langkah seterusnya anda perlu mempolish lampu anda dengan menggunakan Compund. Polish lampu sehingga berkilat dan jangan lupa melindungi lampu anda dengan wax atau sealant. Untuk hasil yang terbaik anda
boleh membeli Coating di Kedai pengedar Detailing kereta.
4. Anda juga boleh menampal Tinted setelah lampu anda dipolish ini juga salah satu jalan untuk melindungi daripada pengoksidaan atau kekuningan.

www.carwashx.com






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuci seat dan full interior Honda city

 cuci kusyen kereta kotor kami boleh buka seat dan carpet bawah jika kekotoran luar biasa