Selasa, 1 September 2015

Tip menghalau lipas dan semut dalam kereta

Tip penjagaan interior kereta
www.carwashx.com

1. Jangan parking di bawah pokok mangga, pokok rambutan , pokok manggis, dan tepi tong sampah bagi mengelak serangga membuat sarang di dalam kereta anda.

2.Untuk membunuh lipas boleh parking di bawah sinaran matahari. Dengan pendedahan cahaya matahari dengan suhu 50 darjah celcius ke atas ia boleh membunuh lipas. Tetapi cara ini tidak sesuai di iklim sejuk seperti di kundasang.

3. Vakum dengan sempurna di dalam cabin kereta anda. Sepanjang saya vakum kereta pelanggan , ramai customer tidak menitikberatkan untuk vakum di bawah seat dan carpet penumpang bahagian belakang terutamanya kereta Mpv dan Suv
bawah kusyen seat penumpang

3. Letakkan daun pandan di dalam kereta.Nak habaq bukan hanya letak dalam masakan ja dalam kereta pn boleh hehe. Maklumlah lipas ni tidak suka bau yang wangi, tetapi cara ini tidak membuatkan lipas mati hanya membuat lipas tu keluar dari kereta. Cara ini juga boleh menghilangkan bau durian , bau asap rokok dan bau-bau yang tidak menyenangkan. Tapi cara nak letak daun pandan  jangan  tiru seperti gambar di bawah.


www.carwashx.com


4. Apply Nano Mist Fogging anti bakteria. Pengoperasian nano mist ini dengan menyembur asap ke dalam kereta dalam keadaan penghawa dingin dalam keadaan on beberapa minit sehingga asap berkepul-kepul memenuhi setiap sudut  cabin kereta. Tujuan utama Nano mist ini hanyalah membunuh bakteria, menghalau lipas dan semut dan menghilangkan sedikit bau yang kurang menyenangkan. Harga bagi perkhdimatan ini hanyalah RM20 sahaja.
Nano mist Fogging anti bakteria
5. Jangan meninggalkan sisa-sisa makanan. Tapi perkara ini memang tidak boleh dihalang bagi anak-anak kecil yang suka memakan makanan ringan dan membuang sampah di dalam kereta. Anda boleh sediakan tong sampah kecik di dalam kereta.

6. Sebenarnya untuk menghilangkan bau di dalam kereta kena dilihat daripada banyak aspek. Bahagian-bahagian yang sering mengeluarkan bau adalah carpet dan kusyen..2 sebab ini lah sebenarnya membuatkan bau itu timbul,Carpet tempat kita meletakkan kaki di mana kasut yang kita pakai itu dipijak di tempat-tempat yang kotor dan di bawa masuk ke dalam kereta. Sering kali kita terpijak tahi kucing, tahi ayam, air kotor dan lain-lain. Kusyen kereta terbahagi kepada kusyen fabric dan leather. Kusyen fabric memerlukan penjagaan berskala kerana fabric itu sebenarnya sebagai penapis yang menapis kekotoran dan bau. Lama-kelamaan ia akan menjadi kotor. Apatah lagi kalau kita makan atau menumpahkan  minuman. Ia memang sukar dihilangkan kerana ia sudah diserap ke dalam span. Keadaan menjadi lebih buruk apabila kita melengahkan untuk mencuci dan ia akan menimbulkan tompok-tompok kekotoran. Dengan ayat lain selalu kita panggil peta.

sebeb-sebab lipas suka enjoy dalam kereta
7.Tip yang terakhir letakkan pewangi di dalam kereta. Pewangi ini harganya dalam RM10 sahaja, Saya selalu beli kat Giant Manjung. Sekianlah perkongsian maklumat ini diharap dapat memberi manfaat.
pewangi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuci seat dan full interior Honda city

 cuci kusyen kereta kotor kami boleh buka seat dan carpet bawah jika kekotoran luar biasa