Khamis, 27 Ogos 2015

Tip memilih kain untuk mengelap kereta?

Tip memilih kain untuk mengelap kereta?
www.carwashx.com

Ramai yang tidak tahu tentang pentingnya memilih kain untuk mengelap kereta. Di sini saya akan bongkarkan beberapa ilmu untuk manfaat.
Microfiber merupakan gabungan 2 bahan iaitu 80/20 polyester dan Poliamida . Poliester memberi kekuatan dan ketahanan pada bahan. Poliamida pula menjadikan berkesan untuk menyerap air. Ia digunakan untuk cleaning, polishing and quick detailing
www.carwashx.com

Kelebihan microfiber
1.Terdapat 4 kategori Microfiber iaitu
a)General Purpose. Size biasa 16" by 16"
b)Glass dan Polishing-mempunyai tenunan yang pendek
c)Drying-Kain yang berat daripada General Purpose
d)Final Buffing-coraknya seperti waffle
2. Menggunakan Microfiber yang lembap apabila lap pada kereta bagi mengelakkan calar halus
2. Microfiber yang lembap berkesan menyingkirkan bahan pencemar seperti habuk, asap, tahi burung dan lain-lain tanpa calar
3. Berkesan menyerap air 7 kali berat microfiber itu sendiri
4. Merupakan electric static apabila lap menggunakan microfiber kering dengan menarik habuk- habuk
www.carwash.com

Tip berkaitan Microfiber
1. Untuk membasuh di Carwash anda mestilah perhatikan pada kain yang digunakan untuk mengelap atau mengeringkan kenderaan anda. Pastikan kain yang digunakan adalah Microfiber yang bersih bukan kain buruk , kain lap meja , kain lampin, baju lama dan sebagainya
2. Jika lap selain daripada Microfiber Towel calar halus atau Swirl Marks akan kelihatan. Boleh lihat seperti gambar di bawah.
www.carwashx.com

3. Sekianlah perkongsian maklumat ini. Saya Wandi dari Carwash Pro, semoga ilmu yang saya berikan dapat memberikan manfaat kepada anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuci seat dan full interior Honda city

 cuci kusyen kereta kotor kami boleh buka seat dan carpet bawah jika kekotoran luar biasa