Rabu, 26 Ogos 2015

Tip penjagaan kereta

Sambil minum petang dengan kawan-kawan kelas bersama Nachat dan Syafie terfikir nak memberi info 4 tip penjagaan kereta..
1 .Elakkan parking di bawah pokok terutama pokok yang ada getah seperti pokok getah lah ..hehe gurau ja pokok mangga, pokok manggis , dan pokok-pokok yang tinggi. Paling popular pokok asam jawa.
www.carwashx.com

2. Parking di bawah pokok juga memang kita beranggapan boleh melindungi daripada sinaran cahaya matahari terutama sinar uv, tetapi ada kesan yang lebih buruk lagi kalau kita parking di bawah pokok iaitu luruhnya daun-daun di kawasan sempit pada kereta seperti wiper, bahagian pintu dan sebagainya.. Kesan daripada daun-daun inilah apabila hujan turun, air hujan akan terperangkap pada daun. Jadi proses pengeringan mengambil masa yang lama dan memberi peluang kepada daun yang lembab itu meresap ke dalam cat anda yang boleh membawa kecacatan.
www.carwashx.com
3 .Ini adalah kesan paling teruk iaitu terjadinya benca alam seperti pokok tumbang. Kita jarang mengambil insuran premium untuk cover bencana ini jadi berfikirlah sebelum parking di bawah pokok.
4. Jika terdapat kesan tahi burung dan getah pokok walau di mana anda meletakkan kenderaan anda.. Tindakan segera perlu diambil bagi mengelak daripada tahi burung dan getah pokok itu meresap ke permukaan cat kereta kerana ia mengandungi asid..Jika tahi burung dan getah ini sudah meresap maka anda memerlukan Gold Class Bug and Tar remover untuk mengatasinya..Kekadang kita rasa malas hanya mahu hantar ke carwash sahaja..Tapi hari ini saya akan berikan tip yang mudah dan cepat sebelum terlambat iaitu menggunakan Tisu basah muka seperti gambar di bawah.
www.carwashx.com

Diharap perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuci seat dan full interior Honda city

 cuci kusyen kereta kotor kami boleh buka seat dan carpet bawah jika kekotoran luar biasa